[NEW STUDENT] 2025 BORANG TEMPAHAN TEMPAT (LITTLE CALIPHS TAMAN PUTRA PERDANA)
Assalamualaikum wbt,
Ibubapa dan Penjaga yang dihormati,
Terima kasih kerana berminat untuk daftarkan anak anda di Little Caliphs Taman Putra Perdana, Puchong (Tadika Kasih Khalifah).
Sejak 2011, kami telah membantu kurang lebih seribu anak-anak di Taman Putra Perdana dan kawasan sekitarnya seperti Taman Amanputra, Bandar Nusaputra, Kampung Pulau Meranti, Bandar Bukit Puchong, dan Bandar Saujana Putra mendapat pendidikan awal kanak-kanak yang menyeronokkan dan berkesan, alhamdulillah.
Diterajui oleh Puan Azian Aziz bersama 20 orang pendiri tadika terdiri daripada 14 orang guru, 3 orang pembantu guru, dua orang pentadbir dan seorang pengetua.
InsyaAllah kami akan memegang amanah dan bekerjasama dengan tuan/puan sepanjang anak-anak berada di tadika ini.
Kategori Kelas Mengikut Umur
Di Little Caliphs Taman Putra Perdana, kami percaya khidmat yang diberikan adalah menyediakan anak-anak kearah melaksanakan tugas sebagai hamba Allah s.w.t dan umat Nabi Muhammad s.a.w. Kami percaya tugas kami juga menyemai CINTA pada Islam dan ilmu kepada anak-anak kecil dalam suasana menyeronokkan dan metodologi yang berkesan.
KELAS 4 TAHUN Dalam tahun pertama, anak-anak akan belajar bermain bersama, berkumpul dalam Circle Time untuk belajar adab & akidah. Aktiviti seperti roleplay banyak mengajar kehidupan Islami Kami mahu membawa mereka ke perjalanan belajar, tumbesaran dan penerokaan yang menyeronokkan
KELAS 5 TAHUN Anak-anak digalakkan untuk berdikari, berfikiran kritikal dan cintakan ilmu Secara keseluruhan, kami menekankan kebaikan, pertimbangan dan rasa hormat, pentingnya tingkah laku dan adab baik setiap masa
KELAS 6 TAHUN Kami menawarkan peluang kepimpinan dan kerja berpasukan untuk membina keyakinan dan mempersiapkan mereka untuk menjadi khalifah masa depan negara dan agama.
Modul & Silibus The Little Caliphs Program
Semua modul berdasarkan Kurikulum Bersepadu Pra-Sekolah Kebangsaan 2017 (KSPK), dan mementingkan 5 perkembangan asas kanak-kanak iaitu:
Perkembangan Sosial (social)
Perkembangan Fizikal (physical)
Perkembangan Intelektual (intellectual)
Perkembangan Rohani (spiritual)
Perkembangan Emosi (emotional)
Dalam Rangkakerja TLCP, terdapat 12 modul pembelajaran yang anak-anak tuan/puan akan pelajari sepanjang di tadika iaitu:
Matematik (numeracy)
Pengajian Islam (islamic stuides)
Menulis (Fast Track Literacy Writing)
Membaca (Fast Track Literacy Reading)
Praktikal Solat & Adab (Islamic Practical Life)
Little Qari Hafazan
Little Qari Iqra'
Little Caliphs Scientist
Thematic Vocabulary
Seni & Kraf (Art & Craft)
Pendidikan fizikal (physical education)
Little Caliphs Builder
Computational Thinking (LiCa) - Pra Tahfiz
Berikut adalah ringkasan jadual waktu kelas untuk program TLCP.
Masa: 7.30 pagi - 12.00 tengahari
Hari : Isnin - Jumaat
Cuti : Cuti umum, cuti khas dan cuti Kem. Pend. Malaysia (atau atas arahan seperti wabak, kecemasan dsbg)
TUAN PUAN PERLUKAN SERVIS JAGAAN HARIAN? Kami ada Caliphs Enhancement Program (CEP)
Selain silibus The Little Caliphs pada waktu pagi, kami juga ada sediakan khidmat jagaan selepas waktu sekolah.
Sama seperti khidmat jagaan yang lain, kami sediakan 3 AKTIVITI asas seperti makan tengahari, bersih diri & mandi, rehat dan tidur, solat.
Namun, kami akan berikan lebih lagi daripada tu. Semasa tuan puan sedang bekerja di pejabat, anak tuan puan mengisi masa petang dengan aktiviti bermanfaat untuk perkembangan skil mereka. Tuan/puan tak perlu risau kalau anak sekadar tengok TV, tidur atau main telefon waktu petang.
Ada 2 program bonus yang kami sediakan selepas waktu sekolah iaitu
CEP 1: Mula jam 12.00 tengahari - 3.30 petang @ Mid-Day CEP 2: Mula jam 12.00 tengahari - 6.30 petang @ Full-Day
Pada waktu petang, biasanya ada 4 aktiviti anak-anak makan, mandi, tidur dan solat, dalam CEP 1 kami berikan lagi TIGA AKTIVITI TAMBAHAN. Jumlah keseluruhan 3 aktiviti dibawah adalah RM170 tetapi pelajar LCTPP yang ambil CEP1 @ Mid-Day dapat secara PERCUMA.
InsyaAllah dengan 7 aktiviti dalam seminggu sangat berbaloi.
CEP 1: Sensory Playgroup
Tingkat kemahiran fokus, sensori dan menulis
CEP 1: Kelas Membaca
Ulangkaji dan lancarkan bacaan mereka (Bahasa/Mengaji/English)
CEP 1: Water Playgroup
Bagus untuk baiki ransangan sensori motor
CEP
2
@ Full-Day
adalah sambungan daripada CEP 1. Maksudnya, kami menambah
TIGA AKTIVITI sebagai BONUSkepada pelajar hingga jam 6.30 petang.
Secara ringkasnya, setiap pelajar CEP 2 akan dapat 3 aktiviti tambahan pada slot kedua yang mana mereka akan jalankan aktiviti seperti dibawah ini. Jumlah semuanya adalah 9 aktiviti seminggu bernilai RM350.
InsyaAllah, anak tuan puan akan rasai pengalaman menarik dan bermanfaat sepanjang mengikuti program CEP 2 ni,
CEP 2: SNIP Playgroup
Ini adalah kaedah yang disusun untuk anak menguasai kemahiran menggunting. Kenapa gunting? Keran kemahiran ni dapat bina kemahiran penting dalam sistem sensori, motor, kognitif dan sosial.
CEP 2: Drawzania (Drawing Class)
Program ini pula bagus untuk melatih anak menjadi lebih inovatif dalam menyampaikan idea mereka. Ini bukan program melukis biasa, setiap lukisan yang diajar disusun secara rapi untuk tingkatkan kemahiran imaginasi anak.
CEP 2: Fitness Playgroup
Aktiviti ini fokus untuk tingkatkan kekuatan dan keseimbangan tubuh badan, kestabilan motor kasar, koordinasi mata dan anggota badan dan banyak lagi
Berikut adalah ringkasan jadual CEP.
Masa : 12.00 tengahari - 6.30 petang
Hari : Isnin - Jumaat
Cuti: Cuti umum, cuti khas dan cuti atas arahan (wabak, kecemasan dsbg)
Kami juga ada kokurikulum tambahan
Kelas Berenang
Akan ditentukan kemudian
Masa: 2.30 - 4.30 petang
Terbuka untuk semua pelajar
Yuran RM160*
*tertakluk syarat
Kelas Taekwondo (popular choice)
Setiap Jumaat
Masa: 3.00 - 4.00 petang
Terbuka untuk semua pelajar
Yuran bulanan RM90*
*tertakluk syarat
Apa kata ibu ayah yang menjadi sebahagian dari komuniti LCTPP?
Sudah bersedia untuk membuat tempahan (booking)?
Dengan membuat pembayaran dan mendaftar di Tadika Kasih Khalifah bererti anda bersetuju dengan terma & syarat tempahan kelas seperti diberikut:
Terma & Syarat Tempahan (Booking Terms & Conditions)
Tempahan / booking adalah sebanyak RM300. (jumlah ini termasuk dalam yuran tahunan).
Tempahan tempat hanyalah bersifat sementara (3 bulan sahaja). Jika tiada progres bayaran dalam tempoh 3 bulan, kami akan serahkan tempat duduk kepada pelajar seterusnya yang membuat bayaran penuh.
Bayaran tempahan tidak akan dipulangkan (non-refundable)
Pendaftaran pelajar dianggap telah sah dan lengkap selepas pihak tadika menerima Bayaran Penuh Yuran Tahunan & Borang Pendaftaran lengkap diterima sebelum atau pada 30 DISEMBER 2024.
CARA MENGISI BORANG TEMPAHAN
Isi 1 borang untuk seorang pelajar sahaja.
Pilih kelas 4 tahun atau 5 tahun atau 6 tahun ATAU pilih Tempahan Tempat 2025 (booking RM300) jika anda mahu buat booking sahaja.
Tidak perlu pilih uniform/tudung/kopiah KECUALI anda mahu tambahan set keranasetiap pendaftaran sudah termasuk 2 set uniforms + 2 helai tudung/kopiah.
Tuliskan maklumat diri dan anak yang betul.
Pilih jenis pembayaran. FPX atau Online (perlu kepilkan bukti bayaran)
Semak emel untuk mendapatkan resit bayaran. Simpan resit untuk rujukan seterusnya.
DAFTAR DAN BUAT TEMPAHAN TEMPAT UNTUK SI KECIL ANDA SEGERA